Laman

BelajarShorof

Qawaid Bahasa Arab terbahagi kepada dua bahagian utama:NAHU /SOROF


1)NAHU-Ditakrifkan sebagai ilmu yang untuk mengenal perubahan baris akhir perkataan dalam sesuatu ayat
Misalnya:kitabun,kitaban,kitabin(baris depan ,atas atau bawah)
Perubahan baris akhir ini berkaitan rapat dengan fungsi nahu seperti predikat,subjek atau yang lain..


2)SOROF-Ilmu yang membincangkan bagaimana pertambahan huruf di dalam sesuatu perkataan dasar boleh membawa kepada perubahan makna perkataan tersebut.
Misalnya:كتب-Dia sudah menulis
يكتب-Dia sedang menulis
كاتب-Dia seorang penulis
مكتوب-Meja


الصحيح والمعتل
Fi'il (فعل) terbahagi kepada dua bahagian iaitu:1-Sohihصحيح
2- Mu'tal معتل

Seperti yang kita ketahui huruf terbahagi kepada 2 bahagian iaitu huruf sohih(صحيح) dan huruf i'lah(علة).Dan huruf alif,wau,dan ya adalah huruf i'lah.

1-FI'IL SOHIH الفعل الصحيح
هو الذي تخلو حروفه الاءصلية من احرفه العلة
Ianya terbahagi kepada:

FI'IL SOHIH SALIM
-Fi'il tersebut asalnya tiada huruf hamzah atau fi'il yang berganda-
Misalnya: كتب/ فهم

FI'IL MUDO'AF
Terbahagi kepada 2 jenis iaitu:

1-Mudo'af sulasi wa mazid-fi'il yang a'in dan lam daripada jenis yang sama
misalnya: مدّ = استمدّ
مرّ = استمرّ
لمّ = المّ

2-Mudo'af ruba'i wa mazid-fi'il yang fa dan lam pertama jenis yang sama dan ain dan lam kedua daripada jenis yang sama
misalnya:
زلزل = تزلزل
رجرج = ترجرج

FI'IL MAHMUZ
-Fi'il yang terdapat pada salah satunya asalnya huruf hamzah,sama ada pada huruf fa,ain atau lam
misalnya:اكل/ سال /قرا

FI'IL MU'TAL
Iaitu salah satu huruf asalnya adalah huruf i'lah
Terdapat 4 bahagian:
Misal- المثال
-Huruf fa nya adalah huruf i'lah,kebanyakannya adalah bermula dengan huruf wau atau ya
misalnya:وجد /وعد/ وصف
يبس يئس

Aj-juaf الاءجوف
-Huruf ainnya adalah huruf i'lah-
misalnya:
قال/ باع/ سار/ دار

Naqis الناقص
-Huruf lam nya adalah huruf i'lah-
misalnya:
سعى/ مشى/ دعا

Lafif لفيف
-Fi'il nya mempunyai padanya 2 huruf i'lah,ia terbahagi pada dua bahagian
1-Lafif mafruq لفيف مقروق- fi'il huruf fa dan lam nya huruf i'lah,dan di antara adalah huruf sohih.
misalnya:وشى/ وعى /ولى

2-Lafif maqrun لفيف مقرون-fi'il huruf ain dan lam nya huruf i'lah
misalnya:كوى/ عوى/ قوى

0 komentar:

Posting Komentar